ESSCOM Sabah

Iklan
Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkawal di menara tinjau yang terletak di Pulau Kapalai hari ini.

Anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) diberikan tanggungjawab melindungi keselamatan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) daripada sebarang bentuk ancaman keselamatan termasuk di kawasan perbatasan dan perairan Pantai Timur Sabah.

Operasi ESSCOM juga menggabungkan beberapa agensi keselamatan di bawah satu payung termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), ATM dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).

Iklan
Iklan

Terdapat empat elemen diperkenalkan dalam memberikan perlindungan kepada komuniti ESSZONE. Pertama, meningkatkan kemampuan perisikan; kedua, pemantauan pengawalan pantai untuk 24 jam; ketiga, meningkatkan kemampuan negara memintas sebarang ancaman laut dan keempat, penguatkuasaan undang-undang ketat dengan tindakan pantas ke atas ancaman.