KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan saksi perbicaraan Umamageswari Subramaniam dan Lee Wei Peng berhubung satu prosiding di Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, di sini pada 12 September.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, individu terbabit diperlukan untuk hadir sebagai saksi kes di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Manusia dan Antipenyelundupan Migran 2007 (ATIPSOM).