Hasrat Muda belum disahut PH

Iklan
Anwar

PETALING JAYA - Hasrat Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) untuk menyertai gabungan blok pembangkang belum disahut Pakatan Harapan (PH).

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui pada Program Pentas Angkatan Muda di Taman Medan di sini pada Jumaat berkata, perkara tersebut belum dibincangkan dalam Majlis Presiden PH.

Iklan
Iklan

"Kami belum bincang mengenainya, akan dibincangkan dalam masa terdekat," katanya ringkas menjawab soalan pemberita.

Ditanya mengenai perkembangan semasa agihan kerusi PH, beliau berkata, perkara tersebut sedang berjalan dalam keadaan lancar dan bakal diselesaikan secepat mungkin.

Iklan

Perkara itu diputuskan melalui Persidangan Pilihan Raya Muda berlangsung pada Isnin dan Selasa.

Syed Saddiq berkata, perbincangan secara tidak rasmi bagi penyertaan Muda dalam PH telah dilakukan sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Iklan

Pada Khamis, Ketua Penerangan PKR Selangor, Halimey Abu Bakar menegaskan permohonan Muda perlu dikemukakan secara rasmi dan sebarang keputusan mengenai perkara itu perlu mengambil kira pandangan akar umbi PKR.

Halimey menambah, permohonan Muda untuk bersama PH juga perlu disertai dengan keikhlasan membantu memperkukuh serta memperkuat jentera menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).