Bot penumpang tiada dokumen sah ditahan

Iklan
Maritim Selangor menahan sebuah bot penumpang yang dibawa seorang lelaki yang gagal mengemukakan dokumen sah ketika diperiksa di berhampiran Tanjung Harapan di sini pada Jumaat.

KLANG - Sebuah bot penumpang yang tidak mempunyai dokumen sah ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor berhampiran Tanjung Harapan di sini pada Jumaat.

Pengarah Maritim Selangor, V Siva Kumar berkata, bot penumpang berkenaan ditahan pada jam 9.40 pagi.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bot penumpang itu ditahan Bot Maritim Perkasa 36 yang melakukan rondaan sekitar perairan negeri ini.

"Hasil pemeriksaan mendapati bot tersebut dikendalikan seorang lelaki warga tempatan berumur 57 tahun.

Iklan

"Nakhoda gagal mengemukakan sebarang dokumen sah," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya, kedua-dua suspek dan bot dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah untuk siasatan lanjut.

Iklan

"Siasatan dijalankan di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 kerana gagal mempamerkan lesen bot dan tiada kelayakan sebagai nahkoda daripada Pengarah Jabatan Laut Malaysia," katanya.