Pemakaian pelitup muka di sekolah tidak diwajibkan

Iklan
Pemakaian pelitup muka di kawasan sekolah kini tidak diwajibkan. (Gambar kecil: Mohd Radzi)

SHAH ALAM - Kementerian Pendidikan (KPM) tidak mewajibkan pemakaian pelitup muka sama ada di dalam atau luar bangunan kawasan sekolah.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Jidin berkata, pemakaian pelitup muka di kawasan sekolah pada ketika ini adalah mengikut pilihan masing-masing susulan pengumuman ketetapan yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Rabu.

Iklan
Iklan

"Ingin saya jelaskan bahawa pemakaian penutup muka dalam atau luar bangunan di kawasan sekolah adalah mengikut pilihan masing-masing. Tidak diwajibkan.

Pada Rabu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengumumkan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup kini atas pilihan berkuat kuasa serta merta.

Iklan

Keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi semasa Covid-19 dalam negara serta penilaian semasa yang dilakukan kementeriannya.

Dalam pada itu, Mohd Radzi berkata, bagi kanak-kanak yang menaiki pengangkutan awam ke sekolah seperti bas dan van diingatkan supaya memakai pelitup muka.

Iklan

"Apa yang paling penting kita memastikan keadaan di sekolah ini selamat.

"Maklumat lanjut berkaitan dengan pemakaian penutup muka di sekolah ini akan dimaklumkan kemudian,” ujarnya.