Air pasang besar: Penduduk Klang diarah siap siaga mulai Ahad

Iklan
Infografik yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada Jumaat.

KLANG - Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Klang mengingatkan penduduk di daerah ini agar peka dengan fenomena air pasang besar yang bakal melanda pada bulan ini hingga Disember depan.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi satu hantaran di Facebook Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Menurut hantaran tersebut, fenomena air pasang besar terbabit dijangka berlaku pada ketinggian 5.5 meter bermula pada 11 hingga 14 September dan 27 hingga 29 September depan.

"Sentiasa dapatkan maklumat terkini keadaan cuaca dan arahan lanjut pihak agensi kerajaan bertanggungjawab.

Iklan

"Sekiranya terdapat laporan berhubung kejadian bencana, warga Klang boleh menghubungi talian kecemasan seperti di lampiran.

"Bilik Gerakan Bencana Daerah Klang akan turut dibuka mulai Ahad," kata kenyataan tersebut pada Jumaat.

Iklan