Perikatan Nasional tubuh jawatankuasa manifesto PRU15

Iklan
Hamzah (tiga, kiri) pada Majlis Perasmian Persidangan Srikandi Cawangan dan Armada Cawangan Bersatu Wilayah Persekutuan Labuan 2022 pada Sabtu. - Foto Bernama

LABUAN - Perikatan Nasional telah menubuhkan satu jawatankuasa manifesto Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang memberi fokus kepada kestabilan politik dan ekonomi negara.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kandungan manifesto itu adalah inklusif untuk semua kaum.

Iklan
Iklan

"Perikatan Nasional telah menubuhkan jawatankuasa manifesto yang dipengerusikan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan dianggotai oleh wakil-wakil parti komponen Perikatan Nasional.

"Manifesto ini memberi fokus bukan sahaja kepada kestabilan politik tetapi juga kepada pembangunan ekonomi dengan memberi peluang pekerjaan kepada rakyat,” katanya selepas merasmikan Persidangan Cawangan Srikandi dan Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Labuan di Desa Tunas Hijau dekat sini pada Sabtu.

Iklan

Hamzah berkata, jawatankuasa itu akan memastikan setiap kandungan dalam manifesto yang bakal dibentangkan sebelum PRU15 dapat dicapai.

Mengenai persaingan antara Bersatu dan UMNO untuk menarik pengundi Melayu dalam PRU15, beliau berkata, Bersatu kini semakin diterima rakyat seluruh negara khususnya di Labuan dengan melihat ramai bekas ahli UMNO menyertai parti itu.

Iklan

Hamzah berkata, sejak Bersatu ditubuhkan enam tahun lepas, seramai lebih 600,000 telah berdaftar menjadi ahli.

"Kita akan berusaha memastikan Bersatu melahirkan ramai pemimpin unggul yang boleh datangnya dari Labuan dan negeri-negeri lain untuk membantu memimpin kerajaan,” katanya.

Seterusnya Hamzah mengumumkan peruntukan RM50,000 bagi tujuan urus tadbir bahagian dan cawangan Bersatu Labuan dan 300 bakul makanan setiap bulan kepada keluarga memerlukan di pulau bebas cukai ini. - Bernama