Galak tentera veteran ceburi pertanian

Iklan
Mohamad (dua, kanan) dan Izham (kanan) melawat gerai buah-buahan selepas merasmikan Karnival SAM @ My Best Buy Parlimen Kota Raja, di Stesen Mardi Jalan Kebun, hari ini.

KLANG – Tentera veteran digalakkan menceburi bidang pertanian kerana sektor itu dilihat mampu memberi pulangan lumayan.

Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata, beliau mengalu-alukan usaha Kerajaan Selangor menyediakan peluang latihan dan bimbingan kepada golongan terbabit.

Iklan
Iklan

"Kebanyakan tentera bersara awal dan ada juga yang tidak berpencen, malah ada yang termasuk dalam golongan B40. Jadi mereka perlukan pekerjaan tambahan bagi menampung pendapatan keluarga.

"Kita amat menggalakkan mereka menceburi terokai pertanian moden kerana di negara maju, pertanian beri pulangan lumayan, Cuma di negara kita sahaja orang anggap sektor ini tahap bawah.

Iklan

"Kita sokong sepenuhnya usaha kerajaan negeri untuk memberi bimbingan serta latihan kepada bekas tentera ini untuk bantu jana pendapatan mereka,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Karnival SAM @ My Best Buy Parlimen Kota Raja, di Stesen Mardi Jalan Kebun, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Permodenan Pertanian Dan Asas Tani, Ir Izham Hasim; ADUN Sungai Kandis, Mohd Zawawi Ahmad Mughni; ADUN Sentosa, G. Gunaraj; ADUN Kota Kemuning, V.Ganabatirau dan Pengarah Fama Selangor, Datuk Abdul Ghariff Ramin.

Iklan

Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata, kerajaan melalui Kementerian Kewangan juga sudah menunaikan semua peruntukan kepada veteran dan bekas tentera membabitkan sejumlah RM79 juta.

Katanya, terkini Bantuan Harapan Negara sempena sambutan Aidilfitri tahun ini akan diberikan kepada veteran berpencen dan tidak berpencen dengan syarat mereka berpendapatan RM3,000 ke bawah.

"Seramai lebih 160,000 golongan terbabit bakal mendapat manfaat Bantuan Harapan Negara pada tahun ini,” katanya.