Final Piala FA 2022: JDT ungguli babak pertama

Iklan
Arif membuka tirai jaringan untuk JDT mendahului TFC 1-0. - Foto MFL

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) mendahului babak pertama aksi final Piala FA dengan jaringan 1-0 menentang Terengganu FC di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

Pada aksi tersebut, pasukan Terengganu FC kendalian Nafuzi Zain membariskan kesebelasan terbaik dengan penjaga gol tinggi lampai, Muhammad Rahadiazli Rahalim kembali dipertanggungjawabkan menjaga gawang skuad penyu.

Iklan
Iklan

Manakala pengendali JDT, Hector Bidoglio pula membuat percaturan ampuh dengan trio serangan yang dibarisi Bergson Da Silva, Arif Aiman Mohd Hanapi dan Fernando Forestieri dijadikan sebagai senjata di bahagian serangan bagi merobek gawang TFC.

Perlawanan dilihat seimbang pada awal permainan ditunjukkan kedua-dua pasukan apabila saling melakukan asakan ke kubu lawan masing-masing.

Iklan

Pemain sayap JDT, Arif Aiman Mohd Hanapi hampir membuka tirai jaringan pada minit ke-11 namun rembatan yang dilakukannya sekadar mengenai tiang gol pasukan Terengganu.

TFC kemudiannya mendapat peluang untuk memimpin perlawanan pada minit ke-24 menerusi pemain importnya Tchetche Kipre namun rembatan yang dilakukannya berjaya diselamatkan penjaga gol JDT, Farizal Marlias.

Iklan

Gol yang dinantikan-nantikan JDT akhirnya hadir pada minit ke-34 menerusi Arif Aiman yang merembat dengan deras untuk meletakkan pasukan di depan sekali gus menyaksikan kedudukan 1-0 kekal hingga wisel penamat separuh masa pertama.