JOHOR BAHRU - Kerajaan Johor mengisytiharkan Ahad sebagai cuti khas peristiwa sempena kejayaan pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menjuarai perlawanan akhir Piala FA Malaysia 2022 menentang Terengganu FC (TFC) pada Sabtu.
Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Azmi Rohani berkata, pemberian cuti khas itu dibuat sebagai tanda meraikan dan memberikan penghargaan kepada semua penyokong yang memberikan sepenuh komitmen serta sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada pasukan JDT dalam mengharumkan nama Johor.