SANDAKAN - Lelaki yang disyaki dibaham buaya ketika menyeberang Sungai Seguntur pada Jumaat lalu akhirnya ditemukan meninggal dunia dalam kejadian di kawasan setinggan berhampiran Taman Kenari Batu 7 di sini pada Ahad.
Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Abdul berusia 40-an ditemukan dalam keadaan tidak sempurna di mana hanya kepala mangsa sahaja yang terapung di sungai berkenaan.
Iklan
Iklan
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan Jimmy Lagung berkata, pihaknya melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang memasuki hari ketiga pada jam 7.30 pagi.
"Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.
Sebelum itu, Sinar Harian pada Sabtu melaporkan seorang lelaki hilang dipercayai disambar buaya ketika sedang menyeberang sungai untuk pulang ke rumahnya.
Difahamkan, mangsa dalam perjalanan pulang selepas dari Masjid Taman Kenari dan menyeberang sungai dengan menggunakan rakit buatan sendiri sebelum disambar buaya.
Terdapat saksi yang menyaksikan kejadian itu memaklumkan mangsa sempat meminta tolong sebelum hilang akibat disambar haiwan reptilia itu.