Pengebumian negara Ratu Elizabeth II pada 19 September

Iklan
Upacara pengebumian negara Ratu Elizabeth II akan diadakan di Westminster Abbey pada 19 September. - Foto AP

LONDON - Upacara pengebumian negara Ratu Elizabeth II akan diadakan di Westminster Abbey pada 19 September, umum Istana Buckingham pada Sabtu.

"Sebelum upacara Pengebumian Negara, jasad baginda akan ditempatkan di Westminster Hall selama empat hari, bagi membolehkan orang ramai memberi penghormatan terakhir," menurut kenyataan itu.

Iklan
Iklan

Keranda ratu kini berada di Istana Balmoral, Scotland sebelum dibawa ke Istana Holyroodhouse, Edinburgh.

Keranda ratu kemudiannya akan dibawa berarak menuju ke Westminster Hall. Turut serta dalam perarakan itu Raja Britain dan kerabat diraja.

Iklan

Jasad baginda akan disemadikan bersebelahan makam suaminya, mendiang Putera Philip.

Ratu Elizabeth II, Raja Britain paling lama menduduki takhta, mangkat pada usia 96 tahun di Istana Balmoral di Scotland pada Khamis. - Bernama

Iklan