Taiwan keluarkan amaran Taufan Muifa

Iklan
Gambar hiasan

TAIPEI - Biro Cuaca Pusat (CWB) Taiwan pada Ahad mengeluarkan amaran Taufan Muifa yang diramal mencetuskan hujan lebat di kawasan utara dan timur laut pulau itu.

Setakat 11 pagi Ahad, taufan itu berada pada kedudukan 370 kilometer (km) dari timur laut Eluanbi, dan sedang bergerak ke arah utara-barat laut dengan kelajuan lapan kilometer sejam (kph), lapor Agensi Berita Pusat (CNA) memetik CWB.

Iklan
Iklan

Taufan itu mampu bergerak dengan kelajuan maksimum 144 kph dengan tiupan angin sehingga 180 kph serta mempunyai radius 150 km.

Taufan Muifa dijangka membawa hujan lebat ke kawasan pergunungan di utara dan timur laut Taiwan, serta kawasan pantai termasuk di Keelung dan di kawasan timur serta tenggara.

Iklan
Iklan

Hujan diramal berkurangan pada Rabu apabila Muifa bergerak meninggalkan Taiwan. - Bernama