Simeone puas Atletico Madrid raih kemenangan

Iklan
Simeone - Foto Imago Images/ZUMA Wire

PENGENDALI Atletico Madrid, Diego Simeone berpuas hati dengan aksi dipamerkan skuad kendaliannya itu ketika menewaskan Celta Vigo, 4-1 pada saingan La Liga di Civitas Metropolitano, pada Ahad.

Menurut Simeone, kemenangan berkenaan dilihat sungguh bermakna, sekali gus turut menyaksikan skuad kendaliannya itu kini berada pada kedudukan keempat La Liga dengan 10 mata setelah mengharungi lima perlawanan.

Iklan
Iklan

"Tahniah kepada semua pemain yang telah beraksi dengan baik bagi menghasilkan kemenangan ini. Ia memang satu kemenangan yang bermakna.

"Bagaimanapun, masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki pasukan ini dan ia akan segera dilakukan bagi menjamin lebih banyak kejayaan kelak.

Iklan

"Apa pun, saya berbangga dengan jentera serangan pasukan yang berjaya meledak empat gol dan ini membuktikan 'ketajaman' mereka di depan pintu gol," katanya.

Pada perlawanan berkenaan, pemain Atletico Madrid, Angel Correa membuka jaringan pada minit kesembilan sebelum Rodrigo De Paul (min-50), Yannick Carracso (min-66) sebelum pemain Celta Vigo, Unai Nunez menjaringkan gol sendiri pada minit ke-82.

Iklan

Gol saguhati Celta Vigo dijaringkan oleh Gabri Veiga pada minit ke-71, namun ia sudah terlalu lewat untuk menyekat kemenangan besar Atelitco Madrid kali ini.

Sementara itu Simeone berharap agar aksi cemerlang yang dipamerkan pemain dapat diteruskan selepas ini bagi menjamin lebih banyak kejayaan selepas ini.

"Tidak keterlaluan kalau saya katakan kesemua pemain saya telah beraksi dengan baik pada perlawanan ini dan diharapkan agar aksi-aksi berkenaan berterusan bagi menjamin lebih banyak kejayaan selepas ini," katanya.