Pahang selesaikan isu tanah tersepit di Felda

Iklan
Wan Rosdy (kiri) menyampaikan geran hak milik tanah kepada salah seorang peneroka pada majlis penyerahan surat hak milik tanah Felda, hak milik Felcra dan notis 5A kepada peneroka di Dewan Felda Bukit Sagu 1 di sini pada Ahad.

KUANTAN - Kerajaan Pahang menyelesaikan isu tanah tersepit di kawasan tanah rancangan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di negeri ini bagi tujuan pembangunan belia dan rumah generasi kedua Felda.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penyelesaian itu dibuat dengan memberi kelulusan dan kebenaran pemilikan tanah bagi memudahkan pembangunan dilaksanakan di sesebuah kawasan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, bagi tujuan itu, kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan geran RM1 bilion melalui Felda bagi membantu peneroka.

"Peruntukan itu diterima selepas kerajaan Pahang telah memberi kebenaran supaya tanah-tanah tersepit dipermudahkan kelulusan bagi tujuan pembangunan perumahan generasi kedua dan belia Felda.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas berakhirnya majlis penyerahan surat hak milik tanah Felda, hak milik Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) dan notis 5A kepada peneroka di Dewan Felda Bukit Sagu 1 di sini pada Ahad.

Mengulas lanjut surat hak milik tanah Felda, Wan Rosdy berkata, kerajana negeri sentiasa membantu mereka dalam menyelesaikan hak milik tanah yang diperjuangkan peneroka sejak sekian lama.

Iklan

Bagaimana, beliau menasihatkan penerima surat hak milik tanah tidak digalakkan menjual tanah yang dimiliki sebaliknya mereka disaran untuk membangunkan tanah tersebut dengan sewajarnya.

Tambahnya, tanah yang ada perlu dipertahankan untuk diwariskan kepada anak-anak atau waris pada masa akan datang.

"Tanah ini sangat terhad dan tidak bertambah, kalau ada enam hektar ia tidak akan menjadi tujuh hektar, jadi kena jaga betul-betul dan jangan jual kerana tanah yang dimiliki adalah aset bernilai yang perlu dikekalkan hak miliknya," ujar beliau.