Datuk Seri kena tangkap basah

Iklan
Lelaki bergelar Datuk Seri dan pasangan ditahan pihak berkuasa di sebuah resort di Pulau Perhentian.

KUALA BESUT- Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dan pasangannya ditahan dalam operasi bersepadu di Pulau Perhentian, di sini, semalam.

Lelaki berusia 40 tahun berasal dari Kelantan dan pasangannya berusia 32 tahun ditahan di dalam sebuah resort terkenal dalam operasi bermula jam 1 pagi hingga 5.30 pagi.

Iklan
Iklan

Menurut sumber, bertindak atas maklumat awam sepasukan anggota Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu telah melakukan serbuan di bilik penginapan pasangan itu.

Katanya, siasatan awal dapati lelaki itu yang menetap di Kuala Lumpur sudah berkahwin manakala perempuan yang masih bujang datang ke pulau peranginan itu kelmarin bersama empat lagi rakan terdiri daripada tiga wanita dan seorang lelaki.

Iklan

"Kumpulan berkenaan menyewa tiga bilik diuruskan pengawal peribadi dengan menggunakan nama ejen bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

"Taktik licik mereka terbongkar selepas pihak berkuasa dapat mengesan nama mereka melalui buku sewaan kayak jaket keselamatan setelah pada awalnya gagal mengesan mereka kerana tiada nama dalam buku daftar masuk ke resort,” katanya.

Iklan

Kata sumber itu lagi, pasangan ini dibawa ke Pejabat Agama Besut untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 iaitu perbuatan sebagai persediaan untuk melakukan persetubuhan luar nikah.