PUTRAJAYA - Jemaah menteri bersetuju secara prinsip penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Berkaitan Sumbangan Politik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Wan Junaidi berkata, beliau juga akan menyusul pandangan jemaah menteri agar kerangka perundangan yang dicadangkan bagi RUU berkenaan dikemukakan kepada Jawatankuasa Teknikal Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik untuk diperhalusi sebelum dibentangkan dalam mesyuarat Parlimen kelak.