[VIDEO] Rasuah Busters Johor wujudkan wakil di setiap daerah

Iklan
Azmi (dua dari kanan) dan Halim (tengah) ketika melancarkan Rasuah Busters Johor dan Iltizam Merdeka di Terminal Pengangkutan Awam Bandar Kluang pada Ahad.

KLUANG - Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Rasuah Busters Johor terus melangkah lebih proaktif melalui inisiatif mewujudkan wakil di setiap daerah dalam usaha memerangi rasuah.

Pengerusi Rasuah Busters Johor, Azmi C Mohd berkata, setakat ini hanya tujuh daerah yang mempunyai wakil iaitu Pontian, Kluang, Batu Pahat, Muar, Segamat, Mersing dan Johor Bahru.

Azmi

Iklan
Iklan

Menurutnya, wakil tersebut disertai sukarelawan yang akan menggerakkan usaha dan pendekatan bersesuaian ke arah mewujudkan budaya berintegriti tinggi dan antirasuah dalam komuniti serta masyarakat setempat menerusi pendidikan dan kesedaran umum.

"Rasuah Busters Johor cukup bertuah kerana terdapat sukarelawan di setiap daerah yang akan melakukan pelbagai usaha memupuk kesedaran tentang perlunya gejala rasuah diperangi.

Iklan

"Dengan adanya wakil dari setiap daerah ini, lebih banyak pendekatan terutama kepada golongan muda akan dirancang," katanya.

Beliau ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Rasuah Busters Johor dan Iltizam Merdeka oleh Pengerusi Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Datuk Seri Halim Ishak di Terminal Pengangkutan Awam Bandar Kluang di sini pada Ahad.

Iklan

Hadir sama, Pengerusi Yayasan Anti Rasuah Malaysia Negeri Johor, Rosdi Amir.

Beberapa NGO dari seluruh negeri turut hadir antaranya Pertubuhan Kebajikan Suara Wanita Johor, Pertubuhan Pusat Aduan Rakyat Malaysia negeri Johor, Pertubuhan Kebajikan Prihatin Terminal Pengangkutan Awam Bandar Kluang, Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia Segamat dan Muar, Pertubuhan Peladang Kluang dan Tuan Aziz Shukor dari Tetuan Aziz & Co Kota Tinggi.

Mengenai Iltizam Merdeka, Azmi berkata, rakyat perlu kembali menghayati Rukun Negara sebagai teras perpaduan dan keutuhan jati diri.

'Perpaduan sebagai asas kepada terbinanya sebuah tamadun Malaysia yang lebih baik, bermaruah dan berdaya saing.

"Sistem kepercayaan setiap agama dan budaya melahirkan indvidu dan masyarakat yang bermoral dan berakhlak mulia. Tabiat yang dibina daripada nilai agama membentuk karakter yang mulia selagi mana ia tidak dinodai dengan sikap tamak haloba dan pentingkan diri sendiri," katanya.

Sementara itu, Halim berkata, sukarelawan Rasuah Busters Johor termasuk di peringkat daerah menunjukkan komitmen yang cukup baik.

"Setiap wakil di peringkat daerah ini akan bekerjasama dengan semua pihak dan kepimpinan di peringkat komuniti dan masyarakat, secara tidak langsung gelombang memerangi rasuah itu dapat dirasakan oleh setiap golongan masyarakat," katanya.

Timbalan Setiausaha Rasuah Busters Johor, Mohd Faiz Md Zaidon pula merancang untuk membuat program yang mampu menarik minat golongan muda terhadap Rasuah Busters Johor termasuk melalui aktiviti sukan.


BERITA SEMASA 11 SEPTEMBER 2022

Gabungan pertubuhan bukan kerajaan Rasuah Busters Johor, terus melangkah dalam usaha memerangi rasuah dengan mewujudkan wakil dari setiap daerah, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Pengerusi Rasuah Busters Johor, Azmi C Mohd berkata, setakat ini daerah yang memiliki wakil ialah Pontian, Kluang, Batu Pahat, Muar, Segamat, Mersing dan Johor Bahru.

Rasuah Busters Johor yang disertai beberapa NGO berbilang bangsa dan golongan muda menjadi bukti semangat pelbagai pihak di negeri itu untuk menentang rasuah.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #RasuahBusters #SinarHarian" />