Pindaan klausa bolehkan bangunan kerajaan dapat FC

Iklan
Zuraida (kiri) merasmikan majlis pelancaran 300 unit rumah multi generasi 'super link' Raudhahville di Selangor Cyber Valley, di sini, hari ini

CYBERJAYA - Semua bangunan kerajaan dijangka akan memperoleh sijil perakuan bomba (FC) selepas pindaan terhadap satu klausa dalam perlembagaan negara selesai dibuat dalam masa terdekat.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin berkata, pihaknya sudah membawa perkara tersebut ke kabinet sejak dua bulan lepas untuk memohon pindaan dilakukan terhadap undang-undang sedia ada.

Iklan
Iklan

"Kabinet sudah luluskan berhubung proses pindaan itu dan kini tinggal proses untuk merangkakan langkah-langkah perlu bagi membolehkan FC dikeluarkan untuk bangunan kerajaan.

"Kita jangkakan ia mengambil masa satu atau dua bulan kerana tidak memerlukan proses birokrasi yang banyak, hanya untuk perkemas dan seragamkan dengan bomba dan sijil perakuan siap dan pematuhan (CCC)," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian mengulas berhubung isu 140 bangunan kerajaan di seluruh negara dengan 39 daripadanya terletak di pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya didapati belum memiliki FC.

Zuraida berkata, di peringkat KPKT, pihaknya sudah membuat mesyuarat penjelasan kepada semua bangunan kerajaan untuk memberi mereka taklimat serta proses-proses yang perlu dilaksanakan tentang FC dan ia sudah berjalan sejak dua bulan lalu.

Iklan

Terdahulu, Zuraida merasmikan pelancaran 300 unit rumah multi generasi 'super link' Raudhahville di Selangor Cyber Valley, di sini.

Ketika mengulas berhubung mengapa bangunan kerajaan masih tidak memiliki FC, Zuraida berkata ia disebabkan terdapat satu klausa dalam perlembagaan negara yang memberi kekebalan kepada bangunan kerajaan.

"Kekebalan ini menyebabkan bangunan kerajaan tidak tertakluk kepada undang-undang kebombaan.

"Sebab itu, kita bawa ke kabinet untuk buat pindaan kecil kepada klausa ini bagi membolehkan FC dikeluarkan kepada bangunan kerajaan," katanya.