Kerajaan diharap bersedia lebih awal hadapi banjir besar

Iklan
Syed Saddiq

SHAH ALAM - Kerajaan diharap bersedia lebih awal menghadapi kemungkinan bencana banjir besar berdasarkan ramalan yang dibuat oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, ia berikutan negara menghadapi hujan lebat yang berterusan dari pagi hingga malam beberapa minggu ini.

Iklan
Iklan

"Kemungkinan banjir besar nasional akan berlaku lebih awal dari apa MetMalaysia ramalkan yang akan berlaku pada November.

"Jangan biarkan pisang berbuah dua kali. Kita tak sanggup hilang lagi banyak harta benda dan nyawa,” katanya dalam siaran di Facebook rasminya pada Ahad.

Iklan

Pada Selasa, MetMalaysia menjangkakan fenomena La Nina yang sedang berlaku akan berterusan sehingga Disember depan.

Menurut MetMalaysia, kebanyakan tempat di seluruh negara cenderung untuk menerima bilangan hari tanpa hujan lebih tinggi berbanding bilangan hari hujan kerana keadaan atmosfera lebih stabil yang mengurangkan pembentukan awan hujan.

Iklan

Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar itu berkata, negara juga dikejutkan dengan amaran banjir yang dijangka melanda di kawasan Klang dan Kuala Selangor disebabkan air pasang besar.

"Di Baling, tempoh hari dah di landa banjir yang besar. Muda pun dah berada di lapangan untuk salurkan bantuan.

"Beberapa minggu ini pun, kita lalui hujan lebat yang berterusan kadang-kadang dari pagi sampai ke malam,” ujarnya.