Mekanik parah kemalangan empat kenderaan

Iklan
Keadaan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan di Kota Bharu pada Ahad.

KOTA BHARU - Seorang mekanik parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan termasuk dua lori jenis Hino di hadapan sebuah kedai dobi di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, ketika kejadian kira-kira jam 8.10 pagi, mangsa, Fazrin Aiman Haris, 24, yang memandu kereta Proton Wira dipercayai dalam perjalanan dari Pauh Lima menghala ke Binjai.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, siasatan awal mendapati terdapat sebuah kereta Perodua Myvi dipandu seorang lelaki berusia 29 tahun dari arah yang sama.

"Akibatnya, mangsa hilang kawalan dan terlanggar tayar kanan hadapan sebuah lori lain dipandu lelaki berusia 58 tahun lalu berpusing beberapa kali," katanya melalui kenyataan pada Ahad.

Iklan

Menurut beliau, ketika berpusing, kereta Proton Wira kemudian dilanggar oleh pemandu Perodua Myvi yang ketika itu berada di belakang kereta terbabit.

"Akibat pelanggaran itu, mangsa parah di bahagian kepala serta muka dan dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan," katanya.

Iklan

Tambah beliau, bagaimanapun, dua pemandu lori dan pemandu Perodua Myvi tidak mengalami kecederaan.

Siasatan sedang dilakukan di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.