Kerajaan tak boleh pura-pura beri hibah tinggi

Iklan

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak boleh berpura-pura memberi hibah tinggi kepada pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH) sedangkan TH sedang mencatatkan kerugian.

Exco Armada, Muzzammil Ismail berkata, berdasarkan laporan penerangan pelan pemulihan TH, lembaga itu telah mencatatkan kerugian berjumlah RM4.1 bilion sejak 2015.

Iklan
Iklan

Menurutnya, jika berlandaskan laporan tersebut, pengagihan hibah tahunan tidak boleh dibuat.

"Pada mulanya saya berfikir, menteri politiklah sikit. Tipu akaun TH walaupun rugi, ambillah duit dari mana-mana seperti Tabung Harapan kemudian suntik masuk (ke dalam TH).

Iklan

"Kemudian umum hibah yang tinggi seperti yang lepas-lepas. Namun, kita tidak boleh berpura-pura.

ARTIKEL BERKAITAN: Hibah TH: Pemuda Pas minta jawapan sebenar menteri

Iklan

"Macam orang sakit jantung dia akan tetap kata sihat. Tidak mahu ambil ubat. Sampai masa kritikal,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, beliau terkejut dengan laporan TH Heavy dan Felda Global Ventures (FGV) mencatatkan kerugian sehingga RM1.1 bilion dan RM670 juta masing-masing.

"Rupa-rupanya ‘creative accounting’ atau dalam bahasa mudahnya penipuan laporan kewangan telah dibuat.

"Ini sekali gus pelanggaran polisi laporan kewangan selain melanggar akta syarikat TH seksyen 22(3),” ujarnya.

Menurutnya, selepas ini semua pihak harus positif terhadap pelan pemulihan TH.

"Penerangan khususnya kepada pendeposit warga emas dan golongan yang kurang pendedahan melalui media sosial perlu dilakukan.

"Pembangkang pasti mengambil kesempatan menyebarkan mesej palsu dan prejudis yang menyebabkan orang ramai akan panik dan risau,” katanya.

Semalam, TH mengumumkan agihan hibah atau bonus sebanyak 1.25 peratus kepada semua 9.3 juta pendepositnya bagi tahun kewangan 2018 membabitkan agihan keseluruhan RM913 juta.

Ini bermakna ia agihan hibah terendah diagihkan badan pengurusan haji itu.