AMK penggalas utama bawa sokongan pengundi muda

Iklan
Tangkap layar Adam Adli dalam siaran di Facebook Suara Keadilan pada Ahad.

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menjadi penggalas utama membawa sokongan pengundi kali pertama dan pengundi muda dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua AMK, Adam Adli Abdul Halim berkata, gabungan undi dari kelompok berkenaan membentuk lebih 40 peratus daripada keseluruhan pengundi dalam negara.

Iklan
Iklan

"Besar cabarannya tetapi kita kena tahu dalam menggalas tanggungjawab ini, ia bukan hanya terletak kepada kita (AMK) semata-mata.

"Ia terletak kepada semua. Setiap orang perlu main peranan dan ambil tanggungjawab yang sama tetapi kami AMK janji tetap akan menjadi penggalas tanggungjawab nombor satu dalam memastikan golongan muda keluar mengundi dalam PRU15 dan gerakkan perubahan dalam negara," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian dalam program Rapat Mega Keadilan di Tapak Bazar Ramadan Taman Melawati pada Ahad.

Turut hadir, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari dan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Iklan

Ulas Adam Adli, menjelang PRU15, PKR menjadi parti politik yang jauh lebih baik dan bersedia berbanding parti yang memimpin kerajaan selama 22 bulan sebelum ini.

"Kena ingat juga waktu kita menjadi kerajaan 22 bulan tersebut, kita tidak ada Anwar dalam kabinet.

"Hari ini kita masuk (dalam kerajaan) dengan prinsip dan permukaan yang jauh lebih jelas.

"Kita masuk, agenda utama kita adalah untuk membersihkan negara, hapuskan rasuah dan teruskan kerja-kerja reformasi yang tertangguh," ujarnya.