PEMANDU sensasi Red Bull, Max Verstappen menawan Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Itali di Monza pada Ahad.
Kejayaan tersebut meletakkan pelumba itu semakin hampir untuk meraih gelaran kedua berturut-turut F1.
Iklan
Iklan
Verstappen menang pertama kali di Monza dan juara kali kelima GP berturut-turut selepas bermula di petak ketujuh meninggalkan Charles Leclerc pada hari yang sukar buat Ferrari.
"Namun saya tetap gembira dan tidak berasa bimbang," ujar Verstappen.
Perlumbaan tamat dengan diiringi ejekan penonton, manakala pemandu menamatkan enam pusingan terakhir di belakang kereta keselamatan selepas Daniel Ricciardo mengalami masalah enjin dan tersadai di tepi trek.
Pemandu dari Belanda itu ketika ini 116 mata di depan pemandu Ferrari, Charles Leclerc dalam carta pemandu.
Verstappen berpeluang mengekalkan gelarannya di Singapura bulan depan selepas memenangi perlumbaan ke-11 musim ini.