JOHANNESBURG - Sejumlah orang dikhuatiri maut selepas sebuah empangan lombong pecah hingga mencetuskan banjir sekali gus menghanyutkan rumah-rumah dan banyak kereta di tengah Afrika Selatan, kata pegawai pada Ahad.
Rakaman televisyen menunjukkan sungai lumpur dan air mengalir dari lombong berlian yang tidak digunakan sebelum memasuki kawasan perumahan.