[VIDEO] Fenomena air pasang besar di Pontian terkawal

Iklan
Anggota bomba melakukan pemantaun paras air di Kuala Sungai Pontian Besar pada malam Ahad.

PONTIAN - Paras air laut diramal mencecah 3.4 meter pada Selasa di kawasan pesisir pantai di sekitar daerah ini susulan fenomena air pasang besar yang berlaku.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat ( BBP) Pontian, Penolong Penguasa Bomba Azhar Abd Jalil berkata, meskipun terdapat peningkatan paras air namun tiada limpahan air yang teruk berlaku.

Iklan
Iklan

"Setakat ini keadaan terkawal kerana tidak berlaku hujan. Cuma saya bimbang apabila air pasang besar bertembung dengan hujan lebat boleh menyebabkan banjir.

"Ketinggian paras air dijangka mencapai ketinggian 3.4 meter pada awal pagi, Selasa," katanya sewaktu melakukan pemantauan air pasang besar di Kampung Nelayan Benut pada malam Ahad.

Iklan

Mengulas lanjut, Azhar berkata, anggotanya sentiasa membuat rondaan dan pemantauan di sekitar Kampung Nelayan Benut dan beberapa kawasan lain, termasuk Pusat Perdagangan Pontian ketika air pasang dan surut.

Anggota bomba dan penduduk meninjau keadaan sekitar Kampung Nelayan Benut yang dilanda air pasang pada malam Ahad.

"Pemantauan berterusan akan dilakukan melibatkan seramai 11 anggota dan seorang pegawai.

Iklan

"Terdapat sebuah Pos Bomba di Kampung Nelayan Benut yang memudahkan pemantauan dilakukan anggota sepanjang fenomena air pasang besar berlaku," ujar beliau.

Azhar turut mengingatkan orang ramai supaya tidak berada di tepi pantai dan sungai untuk melihat keadaan ombak dan limpahan air ketika fenomena air pasang besar kerana boleh mengancam keselamatan.

"Bagi penduduk yang tinggal di kawasan berdekatan pantai dan sungai perlu sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan sekiranya diarahkan berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS)," katanya.