Israel arah penduduk Palestin roboh sendiri rumah di Baitulmaqdis

Iklan
Gambar fail menunjukkan kawasan kampung Silwan di selatan Kota Lama Baitulmaqdis. - Foto AFP

BAITULMAQDIS - Pihak berkuasa Israel pada Ahad memaksa seorang ibu Palestin merobohkan rumahnya sendiri di kawasan kejiranan Batn al-Hawa di kampung Silwan, selatan Masjid Al Aqsa, Baitulmaqdis, lapor agensi berita WAFA.

Seorang wartawan agensi itu berkata, pihak majlis perbandaran Israel di Baitulmaqdis memaksa ibu tersebut, Nasreen Abu Tayeh merobohkan rumahnya dengan alasan ia dibina tanpa permit.

Iklan
Iklan

Pihak majlis perbandaran itu juga berkata bahawa ia dibina di kawasan yang diklasifikasikan sebagai kawasan hijau.

Nasreen memberitahu WAFA, dia kemudian terpaksa merobohkan rumahnya yang menjadi tempat empat anak yatim tinggal.

Iklan

Rumah itu terpaksa dirobohkannya sendiri bagi mengelak membayar kos perobohan yang tinggi kepada majlis perbandaran Israel jika ia merobohkan rumahnya.

Penduduk Palestin di Baitulmaqdis yang dijajah rejim Zionis berkata, mereka terpaksa membina kediaman tanpa permit kerana sikap pihak majlis perbandaran Israel.

Iklan

Ini adalah kerana pihak majlis perbandaran itu jarang mengeluarkan permit kepada penduduk Palestin asal di Baitulmaqdis untuk membina rumah.

Ia juga adalah cara rejim Zionis untuk mengurangkan bilangan penduduk Palestin di Baitulmaqdis dengan memaksa mereka meninggalkan rumah dan mencari penginapan serta bekerja di tempat lain. - Agensi