Stagemaker sedia hos POPIC 2023

Iklan
Penganjur terbaik POPIC 2022 mendapat reaksi positif peserta termasuk pendayung ternama dari luar negara. -Foto POPIC 2022.

KEJOHANAN kanu antarabangsa - Pahang Ocean Paddle International Challenge (POPIC) 2022 yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM300,000 berjaya mencapai objektif penganjurannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Stagemaker Sdn Bhd yang juga penganjur POPIC 2022, Emir Abdul Jalal berkata, kejohanan yang julung-julung kali diadakan di Pahang itu mendapat maklum balas positif daripada para peserta termasuk pendayung ternama dari luar negara.

Iklan
Iklan

"Malah, Pengarah Perlumbaan POPIC, Oscar Chalupsky turut memuji penganjuran POPIC yang dianggap antara penganjuran kejohanan kanu terbaik di dunia. Ini membuktikan POPIC sudah mendapat nama di pentas antarabangsa.

"Saya juga mendapat respons yang amat baik dalam kalangan para peserta. Rata-rata mereka menganggap POPIC yang baru kali pertama kita anjurkan ini sebagai satu kejohanan yang mempunyai kelas dan keunikan tersendiri.

Iklan

POPIC 2022 bermula Peringkat 1 di Pantai Hiburan, Rompin diikuti Peringkat 2 di Pantai Lagenda; Pekan; Peringkat 3 di Pantai Balok, Kuantan; Peringkat 4 di Pantai Cherating, Kuantan dan Peringkat 5 di Pantai Teluk Chempedak, Kuantan.

Biarpun kali pertama dianjurkan, POPIC 2022 pantas menambat hati para peserta dengan mempertandingkan tujuh kategori - antarabangsa SS lelaki dan wanita; kebangsaan TK1 lelaki: kebangsaan TK2 lelaki dan wanita serta inter-varsiti lelaki dan wanita.

Iklan
Emir (tengah) dalam sidang media POPIC 2022 di Kuantan pada Isnin. -Foto POPIC 2022.

Kejohanan yang melibatkan laluan keseluruhan sejauh 90 kilometer itu berjaya menarik penyertaan beberapa nama terkemuka dalam sukan kanu antarabangsa termasuk Mocke dari Afrika Selatan yang tampil selaku bekas juara dunia empat kali.

Turut mengambil bahagian ialah bekas naib juara dunia kategori Bawah 23 tahun, Mackenzie Hynard dari Australia selain pendayung berpengalaman Australia, Rob Jenkinson yang tampil selaku bekas juara dunia dua kali.

Dalam saingan wanita pula, Danielle McKenzie, pendayung dari New Zealand yang menjuarai Kejohanan Dunia pada 2019 di Perancis selain Julie Jenkinson, bekas juara dunia empat kali dari Australia turut menyerikan kejohanan kali ini.

Emir berkata, Stagemaker sedia memperluas penganjuran POPIC yang kini dilabel signatur baharu Pahang seperti diumumkan Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

"Jika ikutkan apa yang diberitahu Oscar, kemungkinan penganjuran POPIC ini mampu menarik penyertaan kira-kira 200 peserta tahun depan. Jadi kita perlu bermula dari sekarang dan menambahbaik apa yang perlu dibuat.

"Apa yang penting, persediaan itu harus dirangka dengan baik bagi memastikan penganjuran POPIC tahun depan lebih baik berbanding kali ini. Apa pun saya anggap ini semua satu cabaran kepada kami sebagai penganjur.

"Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri terutamanya Tourism Pahang atas kepercayaan yang diberikan kepada kami selaku penganjur untuk menganjurkan kejohanan kali ini," ujarnya.