Penunggang motosikal maut dilanggar MPV

Iklan
Keadaan kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan sebuah MPV di Lebuhraya NKVE di sini pada Isnin.

PETALING JAYA - Seorang penunggang motosikal maut selepas dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) arah utara di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dalam kejadian pada jam 5.20 pagi, seorang lelaki berusia 37 tahun menunggang motosikal jenis Honda RS150R telah mengubah haluan dari lorong ketiga ke lorong kedua, sebelum dilanggar sebuah kenderaan MPV.

Iklan
Iklan

Mohamad Fakhrudin berkata, siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti punca dan sebab kematian.

Iklan
Iklan

"Orang ramai yang melihat atau berada di tempat kejadian boleh menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat trafik, Inspektor R Navalan di talian 014-2536820 bagi membantu siasatan," jelasnya.