TI-Malaysia gesa tubuh RCI siasat skandal Pembinaan PFI

Iklan
Muhammad Mohan

SHAH ALAM – Transparency International Malaysia (TI-Malaysia) menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat skandal berbilion ringgit membabitkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), Pembinaan PFI Sdn Bhd.

Presiden TI-Malaysia, Dr Muhammad Mohan berkata, ia perlu didedahkan secara telus kepada Parlimen bagi mengelakkan wujudnya sebuah lagi skandal seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), SRC International Sdn Bhd atau Sabah Watergate.

Iklan
Iklan

Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) sebelum ini menggesa kerajaan menjalankan siasatan segera berhubung dakwaannya mengenai pinjaman hampir RM30 bilion oleh syarikat kepunyaan Menteri Kewangan, Pembinaan PFI Sdn Bhd.

C4 baru-baru ini turut mendedahkan Pembinaan PFI Sdn Bhd, syarikat yang tidak mempunyai kakitangan pengurusan, dan hanya dikendalikan pengarahnya sahaja mendapat pinjaman berjumlah RM30 bilion daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP).

Iklan

SPRM juga dilapor menyiasat syarikat itu pada 2018, susulan temu bual dengan Ahli Parlimen Bangi, Dr Ong Kian Ming, namun tiada perkembangan berhubung siasatan sejak itu

Dalam pada itu, Muhammad berkata, SPRM perlu membersihkan nama GLC itu dengan penemuan mereka jika siasatan mendapati tiada kesalahan dilakukan berbanding apa yang didakwa oleh C4 dalam penemuan mereka bahawa terdapatnya penggunaan sumber awam.

Iklan

"Apabila inisiatif ‘pembiayaan swasta’ ini dijamin dan dibiayai oleh agensi kerajaan dan pembiayaan disediakan oleh bank yang kebanyakannya dimiliki oleh syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC), kita mesti akan tertanya, adakah projek-projek tersebut dipanggil sebagai projek ‘swasta’, hanya untuk mengelakkan akauntabiliti?

"Jika SPRM telah menjalankan siasatan menyeluruh ke atas kes itu dan mendapati tiada kesalahan yang dilakukan, malah bercanggah dengan semua penemuan C4 (menggunakan sumber awam), maka SPRM harus membersihkan nama GLC tersebut dengan penemuan mereka,” katanya.