SHAH ALAM - Polis mengesahkan bapa kepada pelakon remaja yang didakwa mencabul dan mendera anaknya sendiri diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada Isnin bagi membantu siasatan berhubung satu laporan dibuat mangsa di sini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di mahkamah di sini pada Selasa.
Iklan
Iklan
"Hari ini (IPD) Subang akan serah suspek kepada (IPD) Shah Alam dan esok kami akan buat permohonan reman.
Pada 7 September Sinar Harian melaporkan, suspek yang berusia 43 tahun terbabit direman tujuh hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul, Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001 kerana mengabaikan seorang kanak-kanak dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, bapa kepada seorang pelakon terbabit membuat laporan di Balai Bandar Baharu, Kedah susulan pendedahan dibuat anaknya di halaman perkongsian video, YouTube dengan mendakwa menjadi mangsa gangguan seksual dan penderaan bapanya semasa berusia enam tahun.
Susulan itu, pelakon remaja berusia 15 tahun itu membuat laporan di IPD Subang Jaya pada 6 September mendakwa serangan seksual terbabit berlaku antara tahun 2013 hingga 2017 semasa ibu mangsa tiada di rumah.
Artikel Berkaitan