SPRM tahan guru besar wanita kerana salah guna kedudukan

Iklan
Wanita berusia 58 tahun itu ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sungai Petani, pada jam 1 tengah hari pada Isnin.

ALOR SETAR - Seorang guru besar wanita di sebuah sekolah kebangsaan pendidikan khas ditahan kerana dipercayai menyalahgunakan kedudukan dengan membeli barangan sekolah melalui dua syarikat milik anaknya pada 2019 hingga tahun lepas.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah berkata, wanita berusia 58 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sungai Petani, pada jam 1 tengah hari tadi (Isnin).

Iklan
Iklan

Katanya, wanita itu dipercayai telah menyalahgunakan kedudukan dengan melakukan pembelian barangan sekolah bernilai RM22,646 melalui dua syarikat didaftar atas nama dua anaknya masing-masing berusia 31 dan 33 tahun.

Katanya, suspek wanita itu dilepaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 tanpa deposit kerana perlu menjaga suaminya yang sedang uzur di rumahnya.

Iklan
Iklan

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap, ketika dihubungi, mengesahkan mengenai tangkapan itu dan memberitahu kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009. - Bernama