[VIDEO] Ugut sebar video bogel jika tidak masukkan RM1,000

Iklan
Gambar hiasan

BATU PAHAT - Seorang wanita diperdaya ejen tawaran biasiswa palsu selepas menerima ugutan video bogel miliknya akan disebarkan jika tidak memasukkan RM1,000 ke dalam satu akaun.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, mangsa sebelum itu berkenalan dengan seorang wanita melalui aplikasi Telegram pada Jumaat yang menawarkan biasiswa untuk mangsa melanjutkan pelajaran.

Iklan
Iklan

"Sebagai syaratnya, mangsa perlu menghantar beberapa dokumen dan juga perlu membuat pemeriksaan kesihatan dan fizikal secara dalam talian. Mangsa juga dikehendaki memuat naik gambarnya berpakaian dan tidak berpakaian iaitu video dalam keadaan berbogel.

Beliau berkata, mangsa kemudian menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mengugut akan menyebarkan video bogel yang dihantar jika tidak memasukkan RM1,000 dalam akaun diberikan.

Iklan

Katanya, menyedari ditipu mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat pada Ahad sebelum lelaki berkenaan yang berusia 30 tahun berjaya diberkas pada Isnin untuk siasatan lanjut.

"Sebuah telefon bimbit dan kad ATM telah dirampas, dengan tertangkap lelaki tersebut polis Batu Pahat berjaya menyelesaikan dua kes peras ugut menggunakan modus operandi yang sama," ujar beliau.

Iklan

Tambah beliau, suspek akan di bawa ke mahkamah majistret pada Selasa untuk mendapatkan perintah tahanan reman.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 10 tahun atau denda atau disebat," katanya.