SHAH ALAM - Penoreh dari seluruh negara meminta kerajaan mempertimbangkan harga lantai getah sekerap dinaikkan daripada RM2.50 sekilogram kepada RM3.50 berbanding melanjutkan tempoh Bantuan Musim Tengkujuh.
Kata mereka, kenaikan harga dapat meringankan beban penoreh untuk jangka masa panjang kerana pendapatan pekebun bertambah 20 hingga 30 peratus.