1,847 kes baharu Covid-19, lima kematian

Iklan
Malaysia merekodkan 1,847 kes baharu Covid-19 pada Isnin. - Gambar hiasan

SHAH ALAM - Sebanyak 1,847 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Isnin dengan tujuh daripadanya merupakan kes import.

Jumlah itu menjadikan angka keseluruhan jangkitan di negara ini kepada 4,806,954 kes sejak pandemik Covid-19 bermula.

Iklan
Iklan

Menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di portal CovidNow, sebanyak lima kes kematian baharu akibat wabak itu dicatatkan dan satu kematian melibatkan kes di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka itu menjadikan jumlah kematian dalam negara setakat ini sebanyak 36,285 kes.

Iklan

Sementara itu, kes aktif Covid-19 pula mencatatkan 26,033 kes, dengan 24,752 atau 95.1 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 10 pesakit pula berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala 1,204 pesakit ditempatkan di hospital dengan 22 daripadanya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Iklan