Hari Malaysia: Pengunjung digalak pakai busana tradisional

Iklan
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Keluarga Malaysia yang ingin hadir memeriahkan sambutan Hari Malaysia 2022 di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan Banda Hilir, Melaka, digalakkan mengenakan busana era 50-an, 60-an atau pakaian tradisi masing-masing.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), Datuk Seri Mohammad Mentek berkata, ia bagi meraikan kepelbagaian dan penyatuan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum selain dapat mengimbau kembali sejarah negara mencapai kemerdekaan dan pembentukan Malaysia.

Iklan
Iklan

"Di situ nanti kita boleh lihat kepelbagaian kaum dan di sebalik kepelbagaian itu ada penyatuan di antara kaum.

"Ini adalah antara aspirasi dalam Keluarga Malaysia iaitu Kebersamaan, Keterangkuman dan Kesyukuran dan dengan kita bersyukur, maknanya kita boleh kumpul serentak dalam pelbagai kaum, bangsa dan agama dalam satu platform bagi meraikan sambutan Hari Malaysia,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian dalam program wawancara Selamat Pagi Malaysia terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini.

Menurut Mohammad pengujung yang hadir bakal dihiburkan dengan persembahan artis tempatan antaranya Datuk Jamal Abdillah, Ernie Zakri, Jimmy Palikat dan persembahan lakonan semula detik-detik bekas Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengisytiharkan tarikh kemerdekaan di lokasi bersejarah itu.

Iklan

Sementara itu, Mohammad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022 berkata, persiapan sambutan pada 16 September nanti telah mencapai kemajuan hampir 80 peratus.

"Saya amat berharap semoga acara berlangsung dengan lancar, kita berdoa agar cuaca baik...saya juga ingin menggalakkan pengunjung hadir bukan sahaja dari Melaka malah dari negeri sekitar seperti Johor, Negeri Sembilan dan sebagainya,” katanya. - Bernama