SHAH ALAM - Sejak dari dulu lagi, amalan seks songsang melibatkan golongan lelaki sememangnya dilarang dalam agama Islam kerana mendatangkan banyak kemudaratan terutamanya penyakit-berjangkit seperti HIV/Aids.
Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Sektor HIV/Penyakit Jangkitan Kelamin (STI) Bahagian Kawalan Penyakit 2017 menunjukkan bahawa 54 peratus penghidap HIV adalah lelaki Melayu dengan kebanyakannya adalah berpunca daripada hubungan sejenis.