[VIDEO] Banduan termasuk Najib terima rawatan di hospital kerajaan

Iklan
Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Khairy Jamaluddin

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan setiap banduan termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak haruslah menerima rawatan di hospital kerajaan.

Menurutnya, ia adalah berdasarkan prosedur yang telah ditetapkan.

Iklan
Iklan

"Prosedur banduan adalah dirujuk ke hospital kerajaan dan bagi kes Najib, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memutuskan beliau dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL)," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penerimaan Anugerah Malaysia Book Of Record dan Pelancaran Laporan Record Breaking Covid-19 Vaccination di kementeriannya pada Selasa.

Iklan

Khairy berkata demikian mengulas mengenai laporan bekas Perdana Menteri itu yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun akan dirujuk ke IJN selepas dimasukkan ke HKL pada Isnin.

Sebelum ini, di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengesahkan anak guamnya kemungkinan dihantar ke IJN.

Iklan

IJN merupakan sebuah entiti swasta atau badan dikorporatkan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia.

Setiap pusat perubatan termasuk IJN adalah berdaftar di bawah Akta 586.

Pada masa sama, Khairy memberi jaminan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi rawatan dan perkhidmatan terbaik kepada semua pihak termasuk banduan.

"Kita akan beri rawatan terbaik untuk semua banduan, bukan hanya Najib. Ini tugas kita," katanya.