Haaland mula dapat rentak

Iklan
Haaland

PELEDAK sensasi Manchester City, Erling Haaland mengakui mula dapat menerima gaya permainan bola sepak penyandang juara Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut terutamanya di bawah kendalian Pep Guardiola.

Malah tegas bekas pemain kelab Bundesliga Jerman, Borussia Dortmund itu pendekatan dibawa pengendali yang pernah mengemudikan Barcelona dan Bayern Munich tidak mengambil masa terlalu lama untuk dipraktikkan para pemain baharu.

Iklan
Iklan

"Dia fanatik bola sepak sama juga seperti saya, jiwa kami terarah kepada memberikan keputusan yang positif dalam setiap perlawanan.

"Itu sesuatu yang saya sangat suka disebabkan dia memikirkan segala-galanya dan bagaimana kami boleh meningkatkan. Itu sesuatu yang saya suka tentang dia," katanya.

Iklan

Untuk rekod, bintang Norway itu sebelum ini telah mempamerkan prestasi luar biasa musim ini, apabila menjaringkan 12 gol dengan 10 daripadanya dalam saingan kejuaraan tertinggi Inggeris.

Anak buah Guardiola akan menanti kunjungan gergasi Bundesliga Jerman, Borussia Dortmund dalam saingan Kumpulan G Liga Juara-Juara awal pagi Khamis ini.

Iklan

Manchester City memimpin kumpulan dengan tiga mata diekori rapat Borussia Dortmund kedua, Copenhagen ketiga dan Sevilla keempat.

Terdahulu penampilan Haaland di liga tertinggi Inggeris musim ini telah menimbulkan persoalan kemampuan pemain itu untuk menyesuaikan diri dengan gaya permainan Guardiola yang dipraktikkan Manchester City.

Bagaimanapun Haaland mengakui beliau mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan permainan The Citizens sebelum ini

"Sejujurnya sistem di kelab ini merupakan yang rumit, namun saya cuba menghayatinya dan menyesuaikan diri dengan segera.

"Saya tidak boleh membuang masa, kerana saya tahu tahap kualiti permainan sendiri, saya juga tahu betapa bagusnya pasukan yang saya sertai.

"Sebenarnya saya agak terkejut (bermula dengan baik), tetapi ia bukan satu kejutan besar pada saya," katanya.

Pada masa sama Haaland berterima kasih kepada Manchester City apabila merekrutnya dari Dortmund.

"Ia adalah kelab yang bagus dengan pemain, jurulatih dan kakitangan yang sangat baik sejak dari awal.

"Sememangnya, sentiasa sukar untuk bertukar negara, liga, kelab, namun Manchester City telah banyak membantu dan saya sangat gembira," katanya.