Kepakaran JPS Perak urus sungai wajar jadi contoh

Iklan
Laporan muka depan Sinar Harian pada Isnin. Gambar kanan: Saarani

IPOH - Kepakaran Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak dalam mengurus tadbir sungai di negeri ini wajar menjadi contoh kepada negeri-negeri lain.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, langkah dilaksanakan jabatan itu selama ini telah membawa perkembangan positif sehingga negeri ini menerima pengiktirafan sebagai negeri paling banyak memiliki sungai terbersih.

Iklan
Iklan

"JPS Perak memang ada kepakaran dan kaedah sendiri bagaimana mereka boleh menjaga sungai.

"Dalam pertemuan dan mesyuarat-mesyuarat sebelum ini pun telah disebutkan agar (negeri lain) lihat kepada apa yang dilaksanakan JPS Perak," katanya kepada pemberita pada Selasa.

Iklan

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Sinar Harian berhubung isu pencemaran sungai di negara ini.

Laporan secara eksklusif yang disiarkan pada Isnin itu mendedahkan, beberapa negeri merekodkan bilangan tinggi sungai tercemar merangkumi kelas tiga dan empat.

Iklan

Saarani berkata, program kesedaran dan kempen yang digerakkan JPS dibantu agensi lainnya juga telah banyak membuka mata rakyat untuk mencintai serta memelihara kebersihan sungai.

Menurutnya, sebagai contoh sifat terpuji ditunjukkan seorang guru, Ismail Mohd Zain yang melakukan rutin kerja pembersihan sampah sarap di Sungai Balun, Slim River secara sukarela.

"Itu sikap yang baik dan saya harap orang Perak akan teruskan kekal dengan sikap sebegitu," ujar beliau.

Pada 2020, Sungai Tapah yang mengalir ke lembangan Sungai Perak dalam daerah Kinta, dikenal pasti sebagai sungai paling bersih di negara ini.

Tahun lepas, Kementerian Alam Sekitar dan Air mengiktiraf Perak sebagai negeri paling banyak banyak memiliki sungai terbersih yang dikategorikan kelas satu.