KUALA LUMPUR - Perak Corporation Bhd mengumumkan peletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) dan Pengarah Eksekutif, Zainal Iskandar Ismail pada 12 September 2022 untuk meneruskan minat dalam bidang lain.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Selasa, syarikat yang diklasifikasikan sebagai PN17 itu berkata, Zainal Iskandar, 48, dilantik sebagai GCEO pada 11 Jun 2020 menggantikan Mohamed Shafeii Abdul Gaffoor, yang dilantik sebagai Pengarah Bukan Eksekutif pada masa itu, dan dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Kumpulan pada 3 Julai 2020.