148 pengemis diselamatkan JKM Terengganu

Iklan
Hanafiah Mat

KUALA TERENGGANU- Seramai 148 gelandangan atau pengemis berjaya diselamatkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Terengganu sepanjang tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri, Hanafiah Mat berkata, daripada jumlah itu, seramai 102 orang adalah warga tempatan manakala 46 orang adalah warga asing.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia hasil daripada 257 operasi berjadual yang dijalankan, di samping 9 operasi bersepadu melibatkan inter-agensi yang dibuat.

"Bagaimanapun, hasil operasi menyelamat orang papa, pengemis dan peleseran sepanjang tahun lalu, tiada golongan gelandangan yang didapati, memandangkan orang yang diselamatkan mempunyai tempat tinggal, waris dan keluarga.

Iklan

"Tindakan yang dilakukan dalam membendung pengemis dan gelandangan yang diselamatkan ialah mengembalikan mereka kepada keluarga jika dapat dikesan.

"Selain itu, mereka juga dirujuk kepada jabatan yang bersesuaian dengan situasi, kesihatan dan warganegara orang papa dan pengemis semasa operasi menyelamat dilaksanakan,” katanya.

Iklan

Jelas Hanafiah, bagi gelandangan atau pengemis yang mempunyai masalah mental, tindakan selanjutnya akan diambil oleh Jabatan Kesihatan negeri manakala gelandangan yang mempunyai masalah dadah akan diserahkan kepada Agensi Anti Ddadah Kebangsaan (AADK).

Selain itu katanya, pengemis atau gelandangan warganegara diperintahkan masuk ke Desa Bina Diri selama tiga tahun bagi yang berumur bawah 60 tahun, manakala yang berumur lebih 60 tahun dihantar ke Rumah Seri Kenangan untuk menjalani latihan vokasional, kerohanian, riadah, dan sosial, kaunseling dan bimbingan, integrasi, masyarakat dan sebagainya.

Manakala pengemis warga asing dan pemegang kad UNHCR diserahkan kepada jabatan imigresen untuk tindakan selanjutnya.

"Kita juga mewujudkan biodata gelandangan di setiap daerah dan negeri serta tindakan yang telah diambil terhadap mereka setakat ini.

"Kita dapati masalah gelandangan tidak berlaku di Terengganu memandangkan melalui operasi menyelamat yang dijalankan, hanya pengemis sahaja yang berjaya diselamatkan.

"Bagaimanapun, pemantauan sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada masalah gelandangan di negeri ini,” katanya.