SPRM tahan pegawai badan berkanun minta suapan RM22,000

Iklan

KOTA KINABALU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah pada Selasa menahan seorang pegawai badan berkanun Persekutuan yang dipercayai meminta wang suapan berjumlah kira-kira RM22,000.

Menurut sumber, wang berkenaan diminta daripada seorang pemilik syarikat sebagai dorongan supaya syarikat itu diberikan kerja-kerja berkaitan pembersihan tanah.

Iklan
Iklan

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Karunanithy berkata, suspek akan dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu dalam tempoh terdekat. - Bernama

Iklan
Iklan