IPOH - Polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Tambun, di sini sejak 19 Ogos lalu.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, remaja itu dikenali sebagai Nur Hidayah Mat Nurddin dengan alamat terakhirnya di Kampung Tersusun Batu 5, Lorong Delima 3/2 Tambun.