OKT tidak sihat sebelum meninggal dunia

Iklan
Gambar hiasan. Gambar kecil: Yahaya

IPOH - Seorang lelaki yang juga orang kena tahan (OKT) meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, OKT yang berusia 62 tahun itu didapati berada dalam keadaan tidak sihat di lokap Balai Polis Jelapang.

Iklan
Iklan

"Suspek ditangkap Sabtu lalu di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 di Jalan Carey di sini.

"OKT bagaimanapun didapati berada dalam keadaan tidak sihat pada jam 9.02 pagi sementara menunggu untuk dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh bagi tujuan pertuduhan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Iklan

Menurut Yahaya, pihaknya menghubungi pihak hospital dan OKT dihantar untuk menerima rawatan dengan menaiki ambulans.

"OKT bagaimanapun disahkan meninggal dunia sekitar jam 10.30 pagi ketika diberi rawatan kecemasan.

Iklan

"Bedah siasat akan dilakukan pada Rabu bagi mengetahui punca kematian," katanya.

Tambah beliau, kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Tahanan (USJKT) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.