Cools perkukuh benteng FK Jablonec

Iklan
Cools kini memperkuatkan cabaran FK Jablonec.

TONGGAK pertahanan negara, Dion Cools secara rasmi diumumkan sebagai pemain baharu kelab liga Republik Czech, FK Jablonec pada Isnin.

Menurut laman rasmi kelab yang menduduki tangga ke-13 daripada 16 pasukan itu, Cools dijangka diturunkan dalam perlawanan menentang Motorlet dalam saingan Piala Czech pada Rabu.

Iklan
Iklan

"Bekas pemain FC Midtjylland dan Club Brugge, Dion Cools menandatangani kontrak untuk Jablonec.

"Bekas pemain skuad remaja Belgium dan pemain pasukan kebangsaan Malaysia ini akan beraksi untuk perlawanan Rabu ini (esok)," kata kenyataan kelab itu.

Iklan

Sementara itu, Cools percaya bahawa dia akan dapat menyesuaikan diri dengan pasukan menjelang perlawanan esok.

"Saya menantikan cabaran baharu, dan percaya bahawa saya akan menyesuaikan diri dengan cepat serta dapat membantu pasukan mencapai keputusan yang baik dengan persembahan saya," kata pemain bek sayap itu.

Iklan

Pemain berusia 26 tahun itu dijangka kembali ke Malaysia minggu ini selepas disenaraikan pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon, untuk kempen Piala Raja Thailand 2022 di Chiang Mai, Thailand minggu depan.