4,500 ikrar derma organ sejak minggu lalu

Iklan

PUTRAJAYA - Seramai 4,500 pengikrar penderma organ direkodkan berdaftar menerusi aplikasi MySejahtera sejak ia dilancarkan minggu lalu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menerusi ciapannya di Twitter pada Rabu berkata, jumlah itu adalah setakat 3 petang, Selasa.

Iklan
Iklan

Sebelum ini kerajaan melancarkan ciri baharu aplikasi MySejahtera yang membolehkan pengguna membuat pendaftaran derma organ.

Ia susulan kadar pendermaan organ di negara ini sangat rendah apabila Malaysia tergolong antara 10 negara yang mempunyai kadar transplantasi terendah di dunia bagi tahun 2021 iaitu 2.84 pembedahan transplantasi bagi setiap satu juta populasi, menurut Global Observatory on Donation and Transplantation.

Iklan

Ciri baharu itu mula diperkenalkan sejak 6 September lalu.

Bilangan pesakit yang masih menunggu untuk mendapatkan derma organ di Malaysia adalah seramai 10,442 orang.

Iklan

Bagaimanapun hanya 2,700 kes transplantasi melibatkan pendermaan organ dijalankan sejak 1975.