Jasad Ratu Elizabeth II tiba di London

Iklan
Kenderaan yang membawa jenazah Ratu Elizabeth II bergerak menuju ke Istana Buckingham, London pada Selasa. - Foto AP

LONDON - [DIKEMAS KINI] Raja England, Raja Charles III mengetuai perarakan keranda bondanya, Ratu Elizabeth II di London pada Rabu sebelum ratusan ribu orang memberikan penghormatan terakhir kepada bekas Ratu Britain itu.

Enam hari selepas kemangkatannya di Scotland, jasad Ratu Elizabeth II akan dibawa dengan kereta kuda dari Istana Buckingham, London ke Westminster Hall.

Iklan
Iklan

Jasad baginda akan berada Westminster Hall iaitu bangunan tertua di kawasan Parlimen Britain selama empat hari sehingga pengebumiannya dilakukan pada Isnin depan.

Raja Charles III dan kerabat-kerabat diraja lain dijangka berjalan kaki di belakang van jenazah ketika ia tiba di dewan abad ke-12 itu di kompleks Parlimen.

Iklan

Orang ramai akan dibenarkan masuk bagi memberikan penghormatan terakhir mulai jam 5 petang waktu tempatan dan mereka diberitahu akan terpaksa menghadapi barisan panjang untuk memasuki dewan tersebut.

Peraturan ketat dan langkah keselamatan seperti di lapangan terbang telah dilaksanakan dengan lebih ramai orang dijangkakan memberikan penghormatan terakhir itu.

Iklan

Bilik-bilik hotel di ibu negara semakin penuh ketika malah ketika ini bilik bajet berharga £300 (RM1,562) satu malam, manakala bos pengangkutan dan polis berada di bawah tekanan untuk memastikan London berada dalam keadaan selamat.

"Ia adalah cabaran besar bagi Polis Metropolitan dan bagi saya secara peribadi, tetapi, kami telah bersiap sedia selama bertahun-tahun," kata Ketua Polis London, Mark Rowley kepada Sky News pada Selasa.

Mendiang bekas ratu yang berusia 96 tahun itu mangkat di Istana Balmoral, Scotland pada Khamis lalu selepas kesihatannya semakin merosot.

Sebelum ini jasadnya telah diterbangkan ke London dengan menaiki pesawat tentera pada petang Selasa dari ibu negara Scotland, Edinburgh - Agensi