Spurs memang layak tewas kepada Sporting

Iklan
Arthur (kanan) meraikan jaringannya ketika membantu Sporting tewaskan Spurs dalam saingan kumpulan D di Estadio Jose Alvalade, Lisbon.

PENGENDALI Tottenham Hotspur, Antonio Conte nyata kecewa dengan persembahan yang ditampilkan pasukannya ketika tewas 2-0 kepada Sporting dalam aksi Liga Juara-Juara Eropah awal pagi Rabu.

Jurulatih kelahiran Itali itu berkata, pasukan tidak sepatutnya tewas pada perlawanan tersebut sambil menyifatkan kekalahan itu umpama peringatan kepada semua pemain agar tidak melalukan banyak kesilapan sekaligus menyebabkan mereka bakal dihukum lawan.

Iklan
Iklan

"Kami membenarkan lawan melakukan serangan balas dan berdepan situasi satu lawan satu sehingga Hugo (Lloris) perlu melakukan aksi menyelamat yang amat baik, mungkin aksi paling sukar dilakukannya sepanjang perlawanan ini.

"Justeru saya beranggapan, mungkin kami tidak layak menang. Malah memang patut kalah pada perlawanan ini supaya dapat dijadikan pengajaran untuk perlawanan seterusnya,” katanya ketika sidang akhbar selepas perlawanan.

Iklan

Dalam aski Kumpulan D yang berlangsung di Estadio Jose Alvalade, Lisbon, Spurs dilihat berpeluang untuk mengutip satu mata untuk dibawa pulang ke London.

Bagaimanapun, gol tandukan Paulinho pada minit ke-90 dan jaringan secara individu Arthur Gomes pada penghujung perlawanan memberikan kemenangan buat Sporting serta meletakkan mereka di tangga teratas kumpulan itu dengan enam mata.

Iklan