Pelancong Malaysia paling ramai melawat Thailand

Iklan
Pasar terapung Khlong Hae di Hatyai, Songkhla antara destinasi popular kini kembali sesak dengan pelancong khususnya dari Malaysia.- Foto Bernama

BANGKOK - Pelancong Malaysia merupakan kumpulan pelancong terbesar yang melawat Thailand, menurut Kementerian Pelancongan dan Sukan yang disiarkan portal berita Thaiger pada Selasa.

Seramai 220,554 pelancong Malaysia melawat negara itu pada Julai lalu dengan kebanyakan daripada mereka tiba melalui lintasan sempadan darat di wilayah Songkhla.

Iklan
Iklan

Perkhidmatan kereta api yang menghubungkan Hat Yai di Thailand ke Padang Besar di Malaysia disambung semula pada Julai lalu sekali gus menjadikan perjalanan antara kedua-dua negara menjadi lebih mudah.

Perjalanan selama sejam hanya melibatkan kos sebanyak 50 baht (RM6.16).

Iklan

Dalam bulan itu, selepas Malaysia, pelancong dari India menduduki tempat kedua apabila seramai 106,139 pelancongnya melawat Thailand 106,139, diikuti Vietnam (60,981), Korea Selatan (59,226), Singapura (56,673), Kemboja (51,841), Laos (49,299), Amerika Syarikat (43,923), United Kingdom (40,596) dan Australia (36,525).

Seramai lapan juta hingga 10 juta pelancong asing dijangka melawat Thailand pada tahun ini sekali gus melebihi anggaran awal seramai tujuh juta orang, menurut Kementerian Kewangan negara itu. - Agensi

Iklan